Selepas lebih sedekad mereka bertakhta dihati peminat-peminat muzik underground Metal tempatan dan menjana album-album yang paling memberangsangkan untuk memberikan makna sebenar irama Metal sejati malah mereka merupakan satu-satunya kumpulan underground Metal yang terus berjaya disebalik kecaman dan tentunya terus merintangi segala masalah yang melanda, Mereka telah menghadapi segala-galanya. Merekalah satu-satunya kumpulan Death Metal yang konsisten dan dapat dikekalkan sehingga ke hari ini.
Pada Jun 2005 Sil Khannaz bakal mengeluarkan satu dokumentari dalam mengisahkan permulaan, perjalanan dan pengalaman mereka sepanjang menjadi pemuzik extreme Metal. Rockumentari yang dilihat bersesuaian kerana Sil Khannaz dilihat sebagai kumpulan Death Metal yang tiada tandingnya walaupun jika dilihat album-album baru mereka sebelum ini sentiasa progresif dengan variasi muzik tapi bagi peminat-peminatnya mereka tetap hebat dan tiada tandingnya.
Bila menyingkap semula ketika idea Rockumentari Sil Khannaz diluahkan, Penerbit G'Knight menceritakan idea ini telah lama beliau fikirkan dan ketika beliau bekerja di Brunei, idea ini telah disampaikan oleh Faizal tapi ketika itu Jaei masih belum dapat mengagak apa yang ingin dilakukan mereka dan seterusnya Jaei mencadangkan agar Sil Khannaz membuat 7 video clip tapi setelah membuat sedikit perbincangan maka terbentuknya idea untuk membuatnya daripada segi dokumentari ... Dokumentari yang mengisahkan sebuah kumpulan unggul daripada Malaysia dan Sil Khannaz merupakan satu-satunya kumpulan underground Metal tempatan yang tampil dengan konsep ini dan juga satu-satunya kumpulan yang telah berjaya membuat rakaman video clip. Sebuah Rockumentari yang bakal menayangkan 2 video clip dan juga jamming session, mempamerkan gambar-gambar mereka semasa muda, ketika mula-mula menjinakkan diri dalam bidang muzik dan lantas seterusnya berjaya seperti hari ini. Tanpa diduga mereka merupakan ikon bagi Underground Metal tempatan.
No comments:
Post a Comment